Larian Kangar City @ Jabatan Setiausaha Negeri Perlis

28 Januari 2024 | Aktiviti Terkini

Pada 27 Jan 2024, telah berlangsung Larian Kangar City bersama Jabatan Setiausaha Negeri Perlis. Program ini berlangsung bermula pada pukul 7.00 pagi – 12.00 tengahari. Program ini diadakan untuk mengeratkan hubungan silaturahim antara staff PEDi dan juga komuniti selain dapat menyihatkan tubuh badan. Di samping memberi pendedahan tentang keselamatan penggunaan internet dan fungsi Pusat Ekonomi Digital. PEDi yang terlibat PEDi Tambun Tulang, Batas Lintang dan RPA Arau. Staff PEDi berkongsi mengenai kempen keselamatan ICT iaitu Klik Dengan Bijak kepada komuniti yang datang dan peserta diberikan taklimat peraturan sebelum larian bermula dan sesi pemanasan badan.

Dengan adanya program seperti ini, ianya dapat merapatkan hubungan PEDi dengan komuniti, dapat memperkenalkan PEDi dengan lebih dekat dan dapat mengambil pendekatan ini untuk menggalakan komuniti mendapatkan kemudahan yang PEDi sediakan. Selain itu, Program ini juga di harap dapat mempromosikan PEDi kepada masyarakat sebagai pusat komuniti yang mempunyai kepelbagaian fungsi selain pusat pembelajaran dan membantu mempromosikan program dari oganisasi lain demi kesejahteraan komuniti setempat.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali